BLOG ANAK CENGKIR

SELAMAT DATANG DI BLOG SAYA

SILAHKAN ANDA TULIS APA SAJA YANG ADA DI BENAK ANDA.

ASALKAN ANDA SOPAN SAYA MENGHORMATINYA

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGANNYA

Selasa, 31 Agustus 2010

AYAT AYAT CINTA

Mempercayai seseorang
bukanlah mudah
sebenarnya. Jika baru
mengenalinya tentu
perasaan sangsi akan
timbul dari sanubari. Ada
juga yang sudah lama
mengenali tapi masih juga
belum mempercayai.
Dalam satu perhubungan,
tidak wajar sekiranya
kamu masih tidak ada
kepercayaan terhadap si
dia. Walaupun mungkin
kamu tidak akan
mempercayai si dia
seratus peratus, tapi tak
salah kalau kamu
meletakkan anggaran
dibawah 70 peratus
keyakinan kamu
terhadapnya. Tapi
mudahkah kamu
melakarkan kepercayaan
terhadap si dia?
Sebenarnya ada faktor-
faktor yang boleh
menimbulkan
kepercayaan.
Faktor 1 – Konsisten
Kamu mempercayai apa
yang dilihat dan didengar
tanpa syak wasangka.
Bagi kamu apa yang
dibicarakan tidak perlu
disangsi kerana ianya ada
kebenaran serta boleh
mendatangkan kebaikan
dalam perhubungan
kamu. Tapi berhati-hatilah
kerana mungkin dengan
cara ini si dia boleh ââ
‚¬Ëœmenjerat’
kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 –
Boleh dikawal
Perkara-perkara
yang bagi kamu
adalah konsisten
membuatkan
kamu boleh
menganggap
adakah si dia
boleh dikawal
ataupun tidak.
Contohnya, si dia
akan datang tepat
pada waktu yang
dijanjikan dan
boleh menerima
pendapat kamu.
Maknanya kamu
boleh ââ
‚¬ËœmengawalÃ
¢â‚¬â„¢ dirinya
dari melakukan
perkara yang
tidak kamu sukai.
Bukanlah
bermakna kamu
boleh
mengongkongnya
tetapi jika si dia
menuruti
kehendak kamu
ini bermakna si
dia mempercayai
kamu dan tidak
ragu-ragu
dengan cara
kamu.
Faktor 3 –
Komitmen
Komitmen
bukanlah sekadar
menepati janji,
tapi juga
menghargai
perjanjian yang
telah dipersetujui
bersama. Jika
kamu ataupun si
dia berani
berkomitmen
dan bersungguh-
sungguh dalam
perhubungan ,
tentu saja
perhubungan
kamu ceria dan
aman. Sikap
saling
mempercayai
yang wujud
dalam diri
masing-masing
akan mewarnai
lagi perhubungan
kamu itu. Malah
ianya akan
membuatkan si
dia lebih yakin
dengan kejujuran
kamu
terhadapnya. Jadi
tiada alasan
untuk si dia
berlaku curang
terhadap kamu.
Faktor 4 –
Kejujuran
Kejujuran
memang perlu
untuk menjamin
sebuah
perhubungan
yang bahagia.
Kamu juga tidak
patut
menyembunyikan
perkara-perkara
yang sepatutnya
diketahuinya. Jika
kamu dan si dia
jujur , ini
membolehkan
kamu berdua
tidak takut untuk
berbahas kerana
berpendapat
ianya juga untuk
kebaikan
bersama.
Walaupun
adakalanya
tercetus
pertengkaran
kecil kerana
masing-masing
ingin
mengutarakan
pendapat sendiri,
tetapi akhirnya
mengambil
keputusan untuk
memilih
pendapat yang
terbaik demi
menjamin
perhubungan
yang stabil.
Faktor 5 –
Terima seada-
adanya
Kunci keintiman
dalam suatu
perhubungan
adalah menerima
seadanya baik
buruk pasangan
kamu. Bila hati
sudah suka dan
sayang, tentu
saja kamu
sanggup
menerimanya
walaupun
menyedari
tentunya ada
perkara-perkara
negatif
tentangnya.
Namun begitu,
tentunya kamu
dan si dia
berusaha untuk
berubah jika
terdapat sikap-
sikap yang tidak
disenangi hingga
boleh
menjejaskan
perhubungan.
Usaha kamu dan
si dia ini
menampakkan
kesungguhan
yang amat ketara
demi menjamin
perhubungan.
Faktor 6 – Perlu
dimengertikan
Sebahagian besar
individu
menginginkan
pasangan yang
tidak hanya
mendengar
pendapat sebelah
pihak. Malah
harus bijak
mengutarakan
pendapat sendiri.
Kamu juga
tentunya
berharap agar si
dia mengerti
tentang
pandangan kamu
terhadap pelbagai
perkara. Jika
tidak, mungkin
perhubungan
hanya mendatar
saja. Bukan itu
saja, kemarahan
juga boleh timbul
ekoran perasaan
yang tidak
dimengertikan
dan
menganggap diri
kamu tidak
dihargainya.
Faktor 7 –
Simpati
Simpati adalah
usaha untuk
memberikan
pengertian yang
lebih mendalam,
seakan berusaha
menempatkan
diri kita di dalam
emosi si dia.
Sebenarnya tidak
mudah
melakukan
perkara ini. Tapi
bila dapat
menimbulkan
simpati,
kebanyakan
pasangan
mampu
mengatasi
perkara-perkara
yang boleh
menimbulkan
pertengkaran dan
perselisihan
pendapat kerana
memahami
sesuatu yang
boleh
mengganggu
hubungan.
Faktor 8 –
Diyakini
Bila rasa yakin,
kamu boleh
memberi
pandangan
bersama si dia.
Baik dalam hal-
hal remeh temeh
hinggakan ke
perkara yang
serius. Kamu
akan merasa si
dia bukan saja
mendengar
malah akan
menyimpan
rahsia kamu. Apa
yang penting
kamu juga harus
mengetahui dan
berkeyakinan
adakah si dia
memang boleh
menyimpan
rahsia ataupun
tidak!
Faktor 9 –
Perbezaan
pendapat
Memanglah tak
dapat lari dari
perbezaan
pendapat antara
kamu dan si dia.
Mereka yang
berusaha terlalu
keras untuk
menyangkal atau
takut mengakui
bahawa dirinya
berbeza
pendapat dengan
pasangannya
selalunya
seorang yang
tidak berani
menghadapi
kenyataan. Tak
mungkin akan
selalu sama
pendapat
sebaliknya
mampu
berkompromi
untuk
menunjukkan
kedewasaan
masing-masing.
Faktor 10 –
Elakkan
dendam
Cinta sejati akan
diwarnai oleh
pengertian dan
rasa untuk
dimaafkan.
Kerana dendam
boleh menjadi
punca
kehancuran
sesebuah
perhubungan.
Walaupun
pernah dilukai,
namun perasaan
dendam ataupun
membalas balik
mungkin tidak
akan terlintas
dalam fikiran.
Bagi diri kamu,
mungkin
berdendam
bukanlah jalan
penyelesaian
yang terbaik
malah ianya akan
memburukkan
lagi keadaan.
Oleh sebab itulah
kemaafan adalah
perkara yang
terbaik untuk
menjernihkan
suasana.
Faktor 11 –
Berfikiran
terbuka
Banyak pasangan
merasakan tidak
perlu untuk
mengungkapkan
secara lisan apa
yang ada
dibenaknya.
Walaupun
hakikatnya
perkara itu
sangat penting
dan perlu
disampaikan
secepat mungkin
bagi
menggelakkan
perkara yang
tidak diingini akan
berlaku. Oleh
sebab itulah,
jalan yang terbaik
ialah setiap
individu harus
berfikiran
terbuka.
Bukannya harus
menerima
pendapatnya
tanpa perlu
berfikri panjang
sebaliknya kita
harus
mendengarnya
dahulu dan
barulah
membuat
keputusan. Tak
semestinya apa
yang dikatakan
tidak elok begitu
juga sebaliknya.
Faktor 12 –
Tulus dan jujur
Ketulusan dan
kejujuran
memainkan
peranan yang
penting dalam
sesebuah
perhubungan.
Bukan saja dari
segi perbuatan
malah juga
percakapan. Apa
yang ingin
disampaikan
haruslah dengan
niat sejujur yang
mungkin dan
bukanlah hanya
untuk melindungi
kesilapan. Pilihlah
kata-kata yang
sedap didengar
dan senang
dimengertikan.
Melalui
komunikasi, kita
juga boleh ââ
‚¬ËœmenangkapÃ
¢â ‚¬â„¢ adakah
si dia jujur dan
tulus ataupun
sebaliknya.
Faktor 13 – Tak
selalu
didampingi
Bukan semua
orang sukakan
kekasihnya
sentiasa disisi.
Ada juga yang
inginkan sedikit
kebebasan dan
asal bijak
mengawal diri itu
sudah cukup
memadai. Apa
yang penting,
jika si dia tidak
menemani
kamu, jangan
pula berfikir yang
bukan-bukan dan
mulalah
menganggap
yang si dia
sengaja mahu
mengabaikan
kamu. Singkirkan
perasaan ini
kerana ini
bukanlah niatnya
sebaliknya ingin
memberikan
kamu sedikit
ruang untuk
menjalani aktiviti
sendiri.
Faktor 14 –
Jauh di mata
dekat di hati
Saat terpisah dek
jarak yang jauh
sebenarnya
banyak mengajar
kita erti rindu
yang sebenar.
Walaupun
tempohnya agak
lama, haruslah
mempercayai
jarak dan waktu
tersebut tidak
akan
memisahkan diri
kamu dan si dia.
Perasaan ini
harus wujud
walaupun tidak
selalu dapat
bersua namun
perasaan saling
merindu dan
menyayangi
akan
menguatkan lagi
perhubungan
kamu itu.
Apapun
teguhkan hati
dan pendirian
kamu bahawa
hanya cinta si dia
sahaja yang
bertakhta di hati.
Faktor 15 –
Persamaan
Persamaan
antara kamu
berdua akan
menguatkan lagi
rasa cinta bila
masing-masing
yakin bahawa
hubungan itu
diimbangkan
dengan prioriti
utama. Jangan
hanya
mementingkan
hak seorang diri
saja dan haruslah
mengambil berat
tentang kedua
belah pihak.
Sebenarnya
kamu berdua
saling
memerlukan
antara satu sama
lain untuk
memastikan
keseimbangan
dalam
perhubungan.
Faktor 16 – Tak
saling
menyalahkan
Tak selalu
hubungan yang
terjalin berjalan
lancar dan
adakalanya ia
akan ââ
‚¬ËœbergegarÃ
¢â ‚¬â„¢ jua.
Hubungan cinta
yang lancar
haruslah tidak
dilandasi sikap
saling
menyalahkan.
Apa yang terjadi
merupakan
interaksi dari dua
pihak yang
memiliki
kebebasan
mengeluarkan
pendapat dan
keinginan yng
berbeza.
Menyalahkan
antara satu sama
lain bukanlah
boleh
menyelesaikan
masalah
sebaliknya akan
menjejaskan lagi
hubungan.
Keegoan
mungkinlah
penyebab
mengapa kamu
dan si dia saling
menyalahkan
antara satu sama
lain.
Faktor 17 –
Hormat-
menghormati
Saling hormat-
menghormati
adalah dasar
perhubungan
yang positif.
Kamu harus
menghormati si
dia dan begitu
juga sebaliknya.
Tapi jangan
kerana terlalu
menghormatinya
hinggakan kamu
berasa amat
segan
dengannya. Ini
akan mendorong
rasa malu dan
segan untuk
meluahkan apa
yang kamu
pendamkan dan
membuatkan
hubungan kamu
sukar untuk
berkembang.
Oleh sebab itulah
kamu perlu
membatasi rasa
hormat dan
segan terhadap si
dia.
Faktor 18 –
Penghargaan
Tidak salah
sekiranya kamu
menghargai si
dia. Bukannya
hendak
menyanjung
tinggi ataupun
terlalu memuja
dirinya. Tetapi
biarlah sekadar si
dia tahu yang
kamu amat
mengharagi
kasih dan dirinya.
Caranya?
Emmmâ⠂¬Â¦
hanya kamu saja
yang tahu
bagaimana
kerana lain orang
lainlah caranya.
Apapun kalau
kamu memang
sayangkannya,
jangan segan silu
untuk
menunjukkan
perasaan kamu
serta jangan lupa
harga perasaan
dan dirinya.
Faktor 19 –
Bukan
materialistik
Bayangkanlah
kalau kamu
seorang yang
materialistik?
Mesti kekasih
kamu ââ
‚¬Ëœpokaiââ
‚¬â„¢ dibuatnya.
Mana taknya
kalau kamu
minta yang
bukan-bukan.
Dalam
perhubungan,
jangan sesekali
kamu
menjadikan
wang sebagai
punca utama
mengapa kamu
memilih si dia.
Jika ianya terjadi,
hubungan kamu
mungkin sukar
bertahan lama
dan
membuatkan si
dia akan
berprasangka
terhadap kamu.
Faktor 20 –
Perancangan
bersama
Manusia hanya
mampu
merancang tapi
Tuhan yang
menentukan
segalanya. Tapi
ada bagusnya
kalau kamu dan
si dia merancang
sesuatu untuk
menjamin
kebahagian.
Tentunya kamu
sendiri inginkan
yang terbaik
demi masa
depan bersama.
Bukan mudah
untuk mencipta
kebahagiaan dan
mengecapi
kegemilangan
dalam
perhubungan.
Pastinya semua
mengimpikan
sesuatu yang
indah dalam
perhubungan.
Begitu juga kamu
bukan? Apa
perancangan
kamu agaknya
ye?

Tidak ada komentar:

Posting Komentar